Pengiraan bilangan hari berkursus setahun bagi tujuan perekodan adalah seperti berikut
Bil.
Program Latihan
Jenis Aktiviti
1.
Latihan
Tempoh 6 jam bersamaan 1 hari berkursus
Minimum 2 hari setahun (wajib dihadiri)
Kursus pendek jangka panjang (melebihi 3 bulan tidak diambilkira)
2.
Sesi Pembelajaran (Bersemuka)
Kehadiran 6 jam bersamaan 1 hari berkursus
Maksimum adalah 5 hari setahun
Pembentangan kertas kerja / Ceramah 1 kertas yang dibentang bersamaan 1 hari maksimum 3 hari sahaja
Bagi penemuan mentor-mentee serta sesi perbincangan / perkongsian idea dengan pengurusan tertinggi (catatan perbincangan mestilah dibuat di dalam sebuah buku catatan)
3.
Sesi Pembelajaran (Tidak Bersemuka)
Kehadiran 6 jam bersamaan 1 hari berkursus
Maksimum 5 hari setahun
4.
Pembelajaran Kendiri
Satu sesi pembentangan perlu diadakan di peringkat Jabatan, Bahagian, Cawangan atau Seksyen. Seorang pegawai di peringkat Kumpulan Pengurusan & Profesional (Gred 41 dan ke atas) atau Pegawai Pengesah Latihan perlu hadir sebagai penyelia. Setiap satu pembentangan diiktiraf sebagai satu hari berkursus.
Maksimum 3 hari setahun iaitu bersamaan dengan 3 kali pembentangan dalam setahun